Tuesday, October 8, 2019

Loan - Interest Rate

Hari ini saya nak cerita tentang Interest Rate yang terdapat dalam mana mana loan sebagai contoh : Loan rumah, Credit Card, Loan kereta, dan semua loan.
Interest Rate Terbahagi kepada 2
1. Fixed Rate (Bunga Tetap)
2. Variable Rate (FLoating Rate) (Bunga yang sentiasa berubah-rubah).
Kita ambil Contoh ialah Loan Rumah.
Apa itu Fixed Rate?
Fixed rate dimana interest adalah kekal sepanjang pinjaman perumahan anda. Fixed rate tidak akan berubah sekiranya BLR anda naik atau turun.
Contoh
Fixed Rate : 6.8%
Rate yang dikenakan kepada customer ialah = 6.8%
Ini adalah yang paling sesuai untuk peminjam yang tidak mahu apa-apa kejutan dalam komitmen bulanan mereka.
Manakala
Variable Rate (Floating Rate) akan sentiasa berubah mengikut BLR/BR/OPR.
Contoh :
BLR : 6.60%
Bank Discount : 2.45%
Rate yang dikenakan kepada customer ialah 6.60% -2.45% = 4.15%
Perubahan dalam faedah yang perlu dibayar boleh menjejaskan 2 perkara:
1. Peningkatan atau penurunan dalam jumlah pembayaran bulanan @
2. Peningkatan dalam tempoh pembayaran pinjaman

No comments:

Post a Comment